1)Taman Tasik Taiping
- Tempat yang mempunyai pemandangan yang amat cantik serta mampu membuatkan para pengunjung berasa tenang dan nyaman ketika berada di sini.Pemandangannya yang memukau akan membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta akan keindahannya.Lokasi ini sering menjadi tumpuan keluarga bagi aktiviti perkelahan dan riadah seisis keluarga.Ianya turut menjadi lokasi tumpuan bagi pencinta seni fotografi yang mampu menghasilkan gambar-gambar yang cantik serta bermutu tinggi.
2) Zoo Taiping dan Night Safari
- Zoo taiping menempatkan banyak Haiwan bagi tujuan pameran dan pembelajaran.Lokasi zoo ini yang terletak berhampiran kawasan hutan membuatkan ianya hampir seakan hutan.Haiwan selalunya lebih aktif pada waktu malam namun manusia jarang untuk dapat melihat fenomenan ini.Namun begitu,Zoo Taiping turut menyediakan perkhidmatan Night Safari di mana kini masyarakat mampu untuk menyaksikan haiwan-haiwan ini beraksi di waktu malam.
3)Batu Kurau.
- Bagi penggemar Durian,Anda mesti tidak asing lagi dengan nama Batu Kurau.Batu Kurau merupakan sebuah daerah yang menghasilkan salah satu durian yang terbaik di seluruh Malaysia.Selain itu,daerah ini juga mempunyai desa-desa yang cantik serta terkenal dengan keindahan semula jadinya.
4)Bukit Larut
- Terletak berhampiran dengan Taman Tasik,perjalanan menaiki ke puncak bukit ini dengan menaiki Jip perlu dirasai oleh setiap orang.Pemandangan di puncak Bukit yang menawan juga menjadi taikan utama bagi Bukit Larut.
5)Kuala Sepetang
- Kuala Sepetang merupakan stesyen keretapi terawal di Malaysia suatu ketika dahulu.Selain terkenal dengan kelazatan Mee udang,Kuala sepetang jugak terkenal dengan Industri kayu arang.
No comments:
Post a Comment